Program Kebajikan Sekolah

MKH Motivation & Training juga tidak mengabaikan tanggungjawab sosial korporatnya, Oleh yang demikian MkH Motivation & Training turut membuat satu program yang dikenali dengan nama Program Kebajikan Sekolah bagi memberi sedikit sumbangan kepadaa sekolah-sekolah di Seluruh Malaysia.

Program Kebajikan Sekolah MkH Motivation & Training (PKSMMT)

Melalui PKSMMT, 25 % daripada hasil pendapatan program motivasi yang dianjurkan oleh MkH Motivation & Training akan disumbangkan ke sekolah di mana program motivasi tersebut dijalankan. Sebagai contoh sekiranya hasil pendapatan Program Motivasi RM1000 makanya Sekolah akan mendapat sumbangan RM250.00.

Syarat-Syarat PKSMMT:

Syarat-syarat untuk membolehkan sekolah menerima sumbangan:

1. Program Motivasi MkH Motivation & Training perlu diadakan di sekolah terbabit.
2. Nama Pendaftar di dalam borang penyertaan peserta perlulah dinamakan sebagaimana nama Sekolah terbabit.
3. Peralatan siaraya, laptop dan projector mesti disediakan oleh pihak sekolah.

Itu sahaja syarat yang diperlukan, dalam kesempatan ini pihak MkH Motivation & Training mengucapkan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan Program Motivasi anjuran MkH Motivation & Training.
Enhanced by Zemanta

0 comments: